27 Januari 2012

KRABI, THAILAND - MAKAN DI MANA?

Aku cukup risau bab-bab makan kalau pergi negara orang. Hampir-hampir tersuap masakan Non-Halal masa kat Indonesia dulu. Aigoooo.... Masa masuk Krabi pun rasa goyang juga nak pilih restoran. Cerita-cerita epik kawan-kawan pasal katak goreng dan tikus belah belakang masih terngiang-ngiang. Hahaha.

Tapi semuanya terhakis bila sampai di Krabi. Walaupun dikelilingi bar dan pub, masih banyak gerai-gerai Muslim yang kelihatan. Haaaa...jadi tak perlu risau la bila anda disana. Jom!


Kalau ditanya pasal lokasi, memang tak dapat jawab ler. Restoran pertama kami gunakan Baht masa sampai. Pekena Tomyam semangkuk. Mantap!

Yang ni adalah gerai pilihan. Kalau ada yang kata lapar....pastu hilang...cari kat kedai ni dah betul. Tak kira tengahari, petang, malam, panas, hujan masih lepak kat sini. Dah macam anak angkat auntie ni haa.

10 Baht = Rm1

Ikan dan peha ayam amat menggiurkan

Interview jawatan kosong
>

25 Januari 2012

KL - KRABI 2011 - MALAM-MALAM KRABI

Malam-malam di Krabi amat meriah, tak tau la mungkin sebab ada Hari Perayaan. Sama saja keadaan macam Uptown Kuala Lumpur cuma suasana lagi best sebab bershopping sambil melayan angin laut. Waaaaa...mata juga meliar kiri dan kanan melihat barang dan 'barang'. Teeheeee.



Harga tak lah semurah mana, tapi murah laaa juga......Errr. Currency rate juga senang nak kira, 10 baht = RM1. Jadi, tak la pening sangat macam melancong ke Indonesia. Heeeee.
>

19 Januari 2012

PETUA TAHAN LAMA


1. Kelapa Parut
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2011. Dan sebelah lagi pada 1 January 2012. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ? Teeheeee.


2. Nasi / Lauk
Biar tahan lebih lama, jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke baru betul.


3. Pakaian
Nak tahan lama. Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik dan elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat pantai. Gantung bila disimpan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Ini penting. Kalau nak tahan lagi lama pinjam baju kawan, baju sendiri simpan. Wakaka.


4. Kereta
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok-elok. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi habuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan-bulan. Sampai abis loan. Gerenti tahan lama.
>

17 Januari 2012

KRABI, THAILAND - TINGGAL DI MANA?

Mana nak tinggal bila sampai sekitar kawasan Ao Nang Beach, Krabi? Yang itu tak perlu risau. Bersepah hotel mahupun rumah tumpangan untuk disewa. Memandangkan kami datang pada hujung tahun atau tengah ramai foreigner datang bercuti, maka mana yang sempat perlulah dirembat! Akhir sekali kami check-in ini tempat.


Ao-Nang Garden Home Resort. Harga ikut seikhlas hati. Pandai kenyit mata, boleh dapat lagi murah. Wakaka. Keadaan sekitar sangat kewl dan tenang sebab ala-ala dalam hutan. Bila malam rasa seram sejuk mula datang kalau seorang-sorang.


>

15 Januari 2012

KRABI, THAILAND - HUJAN BATU DI MALAYSIA TAPI EMAS BAGI ORANG LAIN

Bila ke negara orang dengan pengangkutan sendiri, baru kita tahu betapa nikmatnya berada di Malaysia. Nikmat minyak. Bezanya dengan harga minyak kita hampir atau lebih 2x ganda! Waaaaa...kita naik 20sen dah demonstrasi! Haha. Memang ada yang akan kata, "Alaaa, minyak dorang mahal tapi roadtax dan ape bagai lagi takde atau murah dari kita". Memang tak dinafikan, tapi aku rela bayar roadtax moto aku rm4xx setahun dari isi minyak beratus-ratus ringgit pergi kerja (120km pergi balik kerja).



Harga minyak tidak selaras mengikut jenama. Kalau korang masuk ke kawasan kampung, RON95 lebih kurang 400baht (rm4) seliter. Humangai! Sebab tu dorang sakan seludup minyak kita.
>