10 Ogos 2009

Bandung,Indonesia (Part 3) - How they make money

"How They Make Money"..Selayaknya bertajuk gaya hidup kot..tapi xpela asalkan isinya sama..He. Bermula dari luar hotel. Ramai yang menunggu untuk meniagakan barangan mereka seperti t-shirt, keychain, potret dll. Yang menarik hati adalah ukiran nama kat pen. Dengan menggunakan motor (sebesar moto kereta TAMIYA) yang D.I.Y disambung dengan mata pisau yang kecik = alat pengukir. Brilliant!!


Sempat beli dengan nama ahli keluarga. Harga 10,000 Rupiah/pen

Perjalanan diteruskan. Poster/potret yang dilukis atas fabrik bersepah2 dijual. Harga 50,000 Rupiah negotiable..Hik..dah jadi promoter lak post kali ni.

Diteruskan lagi. Yang ni lagi best. Tak terdapat di Malaysia. Hiburan tepi jalan. Seniman jalanan. Menggunakan aset/kreativiti / nilai estetika (pergh..ayat) untuk diniagakan. Ada yang main gitar, monyet, dan ada juga jual minuman. Semua dilakukan sewaktu traffic light merah.


Ni lagi xterdapat di Malaysia (dan xmampu dilakukan oleh pokok ceri hinciklabu). Indomie tepi jalan. Ala-ala nasi kandaq. Order, rebus, bayar, makan, bagi balik bekas..he.



beta : Pak Supir (supir =pemandu)..kenapa sini xde bas??
Pak Supir: ngak ada. Suma guna taksi angkut. Angkutan Kota. Jalannya kecil ngak bisa gunain bas..ngomong2..ngobrol2 (dua perkataan akhir ditambah ikut suka \(*_*)/ ).



Pak Supir : Mau yang privasi? Gunalah vios. beta: vios??wa.........vios jadi teksi??msti terluka hati auntie beta mendengarnya..haha.





===================================================================

*PIC INTERFRAME*


>