JOM MAKAN-MAKAN
Dah macam Adibah Nor promosikan 'VISIT INDONESIA' pula.
*1st spot*
Tak berapa tahu nak kemana. Sebab baru sampai. Jadi round area hotel sahaja mencari makan. Terjumpa lepaking yang agak happening. Agak terpegun dengan lampu-lampu.
Nak order apa ni? Kata orang kalau datang tempat orang cubalah makanan pelik-pelik. Takkan nak makan chips gak kot. So, orderlah....
~Nasi Rames Special~Nasi putih, Ayam goreng, Tempe, Begedil, Sayur, Salad dan timun
~Nasi Liwet Komplit~
Nasi putih, Ayam goreng, Tauhu, Salad dan timun
*2nd spot*
RESTO SIMPANG RAYA 
Cara hidangan yang mudah. Makanan Padang. Duduk je sampai lah pelayan-pelayan restoran menghantar lauk-pauk yang berjenis-jenis kat meja. Jangan terkejut. Bukan nak makan semua. Cara pembayaran yang mudah. Setiap lauk di dalam piring yang diambil akan dikira (walaupun tak habis). Kesimpulannya..Licinkan lah piring tu apabila ia sudah disentuh!he
Jumlah : Rp 134,500Luar restoran melayan cendol.

*3rd spot*
RESTO KARAMBA
Lokasi tak tahu. Makanan goreng-goreng. Boleh dikategorikan sebagai restoran mewah. Kalau kat KL agak mahal la makan restoran camni. Tapi harga kat sini standard kedai mamak je!!
~Nasi Goreng KARAMBA~Nasi goreng(ada taugeh),Ayam goreng, Telur, Keropok, Salad dan timun
*Fav spot*
ES TELER 77
Lokasi di dalam Matahari Complex,Bandung. Dah keluar UTUSAN tak silap saya, akan buka cawangan di Malaysia tak lama lagi!!

Otak-otak goreng yang amat sedap dimakan apabila percuma
*Extra*
Ingat lagi tak pic ni?Dikeluarkan paa entry yang lepas. Akhirnya dapat juga mencari teh kotak tersebut.
Bukan teh kotak je. Teh botol sekali!!
p/s: Menu di Bandung tidak sehebat di Malaysia. Sebab tu orang Malaysia agak ramai yang gemuk. Pagi-pagi dah sentap roti canai n nasi lemak!!
