Date : 18 August 2009
Time : 9.00 pm
Venue : GSC Mid Valley
Hall : 3
Seat : P17 and P16
INTRO
Filem yang ber-genre seram (dengan scene-scene yang buat saya terkejut) dan dikategorikan sebagai 18PL. Mungkin tertanya-tanya, "cite pe ni?anak yatim je pun". Idea cerita ni agak lama sebab saya pernah tengok jalan cerita macam ini tapi menggunakan watak yang lain! Ceritanya lebih kurang macam ini. Sebuah keluarga menjawat orang gaji tetapi orang gaji itu berniat untuk memusnahkan institusi keluarga (pergh..ayat) tersebut. Dah dapat bayangan?
WATAK
Vera Farmiga sebagai Kate Coleman : Ibu
Peter Sarsgaard sebagai John Coleman : Bapa
Isabelle Fuhrman sebagai ESTHER : Anak Yatim yang dijadikan anak angkat umur 9tahun
Jimmy Bennet sebagai Daniel Coleman : Anak Sulung Coleman umur lebih 9tahun
Aryana Engineer sebagai Max Coleman : Anak Kedua Coleman yang cute umur bawah 9tahun.
SINOPSIS
Bab menulis sinopsis agak fail sebab selalu lupa jalan cerita selepas keluar wayang \(*_*)/. Ok2..KATE sering dihantui perasaan gundah-gulana selepas kematian (dalam kandungan)anak bongsu mereka. Lalu mereka mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Dalam ramai-ramai budak di situ, nak dijadikan cerita, ESTHER dijadikan anak angkat.
Kelakuan ESTHER amat sopan, lemah-lembut, penuh budi pekerti tetapi!!tetapi apa?ha..itu yang kita nak tahu tu :p ESTHER ada agenda tersendiri. Bermula dengan pembunuhan kejam terhadap burung lantas kepada pembunuhan kejam ke atas manusia.
Seperti biasa (diceritakan dibahagian intro), ramai yang tidak percaya bahawa ESTHER yang lakukan semua ini. Lagipun ESTHER kan baru 9tahun! Rupa-rupanya ESTHER ada sejarah hidup tersendiri.

Banyak scene-scene yang mengejutkan dan shot-shot yang selalu ada dalam filem-filem seram tetapi langsung tak berjaya membuatkan saya terkejut. Sebab saya dah tutup mata sambil tersenyum bila rasa sesuatu yang menakutkan akan berlaku :D
Setakat ini sahaja sinopsis. Tak boleh lebih-lebih nanti nuffnang marah :D Saksikan di pawagam!