27 Disember 2010

RESVERATROL, APA TU?


Asyik mengarut je kan, pe salahnya aku tulis benda yang berfaedah. Haha. Apa itu resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti-oksida yang kebanyakannya ditemui pada kulit anggur. Ia juga menjadi satu komponen Ko-jo-kon, perubatan oriental yang mampu mengubati penyakit jantung dan iri hati. Ia menjadi perhatian bidang sains beberapa tahun lalu apabila kajian mendapati orang Perancis sikit sangat yang mati akibat sakit jantung walaupun makan high-fat diet. Heee..
>

PLAYBOY MAGAZINE PUNYA BOS KAHWIN LAGI



Dem!! Laki tua ni kahwin lagi! Haha. Korang kenal sape ni? Beliau ni la tauke majalah PLAYBOY, Hugh Hefner..heeeee.

Hefner, 84 kahwin dengan Crystal Harris, 24 ex-December 2009 Playboy Playmate of the month. Pergghhh..beza 60tahun beb!! Kegembiraan atuk ini terbukti apabila beliau men'tweet'kan status beliau.


Rumah kata pergi, kubur kata mari. Ades..boleh ke guna peribahasa camni kat dia?
>

20 Disember 2010

5 SEBAB KENAPA NAK KAHWIN

Musim-musim kawin sudah giat dijalankan memandangkan bulan cuti sekolah sekarang ni. Maka bersepah juga la gambar-gambar kahwin korang kat home facebook aku. Heeeeee. Tahniah diucapkan kepada kawan-kawan yang sudah atau bakal melangsungkan perkahwinan. Harap-harap berbahagia la hendaknya. Eceh ayat..



Apabila bersembang dengan member-member yang dah berpunya (secara sah) ni, saja je aku tanya soalan, "Kenapa ko kawin wei?"...soalan ni tak bermakna aku dalam keadaan jeles ok. Haha. Jadi macam-macam spesis jawapan yang aku dapat. Jadi..aku dengan rajinnya nak buat list 5 sebab kenapa perlu kahwin?

5.   Earning power
Maknanya, kalau korang kahwin, segala perbelanjaan dikongsi bersama (kecuali yang berkira laki bini). Dan bermakna juga korang boleh beli apa yang korang tak boleh masa bujang! Boleh beli kereta besar, rumah besar, gajet terkini (euuww)..Best oh kahwin~

4.   Platform Untuk Bina Keluarga
Secara teknikalnya, kalau tak kahwin pun korang memang dah ada family. Tapi kalau kahwin kan boleh buat family baru. Tengok anak-anak bergolek-golek main mainan..best oh!!! Pastu tengok die merengek..best oh! Pastu dengar die nangis tengah malam..ha, yang ni pas kat maknye. Best oh kahwin~

3.   Elak Dari Mati Sorang
Kahwin ni lebih kurang KWSP la. Kalau KWSP leh jaga kewangan korang masa korang bersara nanti. Pasangan korang pula boleh jaga masa tua nanti. Ha, mana tau umo 50an dah bertongkat bagai, kalau teruk lagi kena guna wheelchair, lenguh oh kalau nak hayun sorang-sorang. Pastu korang tak leh la guna,"Yang,tolong picit kaki abang ni, terseliuh masa poco-poco". Best oh kahwin~
>

15 Disember 2010

KESEDARAN SIVIK ITU PENTING


Kenapa kesedaran sivik tu penting? Bukan fizik ye. Sebab fizik mungkin ramai yang tak tahu sebab tak belajar masa sekolah dulu. Ok. Tak kira la orang biasa mahupun kaya, kesedaran sivik memang penting.

Let's take a simple example, pasal sampah. Tengok je kiri kanan korang kan. Mesti ada sampah. Pastu kadang-kadang siap leh gaduh-gaduh lagi, ko tuduh aku,aku tuduh ko, padahal kalau kutip je plastik gula-gula Hacks tu dah dapat save beberapa mililiter air liur ko. Heeee~

Setiap hari, aku bangun pagi, kemas rumah, last sekali mesti aku pi usha kat tingkap. Sebab kadang-kadang ada delivery yang sampai. Nasib la kan. Sebab benda yang kita tak order, kita tak boleh nak expect. Jom kita tengok apa yang ada harini.........
>

14 Disember 2010

BAGAIMANA FACEBOOK MENYEBABKAN PERPISAHAN?




Klik untuk tumbesaran

Sekian :) >

11 Disember 2010

KAK LIMAH YANG SEKSI TAPI MENAKUTKAN


Korang dah tengok cite ni? Dah lama tak buat review, sebab tak dapat tiket free, buat apa nak buat review kan. Hehehe. Ni pun sebab aku dapat 5tiket dengan harga rm45! Pastu sebelum tayangan, siap pelakon Kak Limah datang bagi appreciation lagi. Aku dah cuba tangkap gambar kan, tapi xberdaya la kan,wayang kan gelap. 

Ok.Macam filem Mamat Khalid yang lain, betul-betul straight to the point. Baru mula dah ada hantu. Memang tak buang masa. Walaupun ia sambungan dari Zombie Kg. Pisang, kali ni tak menampilkan AC Mizal (Mat Karen) dan Que Haidar, bekerja di KL katanya.
>

10 Disember 2010

PANGKIN ATOK 3 - GENERASI

*Entri ini penuh jiwang dan perasaan perasan*



Berkumpul lah sekalian keluarga diruang tamu selepas supper. Berbaring seorang atuk ditengah-tengah. Dikelilingi anak dan cucu. Atuk bertugas sebagai penglipur lara. Walaupun ada yang leka dengan tugas masing-masing, tapi masih mampu mencuri......curi dengar.

Dimulakan atuk mereka dengan,"Bak minyak tu jap, nak sapu kat kaki ni"...Aku mencapai minyak itu. Ha..aku terlibat dalam cerekarama ini. Sebagai cucu sulung yang hensem lagi bijaksana malah kuat berpura-pura, aku berbaring sambil menonton tv sambil mencuri........curi dengar.

Bercerita tentang keturunan.
>

05 Disember 2010

RUMAH SEWA BEKAS ZUCKERBERG


Korang tengah cari rumah sewa? Inilah masanya! Ada rumah kosong tapi kat Palo Alto, Calif. Heeeeee. Rumah ni spesel beb, bekas 'duduk'an CEO Facebook, Zuckerberg! Tengok! Ceo pun sewa rumah tau. Inikan aku, menumpang saja la yang mampu. .

Tapi harga dia tak beragak la, $7,850 sebulan. Bukan RM ye.
>