28 Februari 2011

CARREFOUR WANGSA MAJU TEMPAT MEMBELI BELAH


Sebagai sorang bujang yang sekarang hidup betul-betul bujang, sudah menjadi ritual ke pusat membeli belah sekitar Wangsa Maju untuk memenuhkan dapur rumah.

Masa soping dengan mak aku, aku leka dengan mengutip segala produk 3in1 yang ada. Tapi sekarang segala bahan-bahan mentah aku kena beli sendiri. Aduiyai! Serius tak pandai nak pilih. Muahahah.

Aku nak amik bawang. Aku tengok ramai makcik-makcik tengah pilih. Aku join sekali. Aku belek-belek. Aku pun tak tahu nak beli bawang apa. Pastu aku tinggal, pegi section lain. Heeeee.

Aku ke section daging dan ayam. Bajet nak buat spagetti. Haaaaa...jangan tak tahu, aku terer masak wo! Bolehlaaaaa at least tak sakit perut. Aku belek-belek daging, aku tak konfiden, banyak plak jenis daging, Australia la, Itali la, dinding la. Aku tinggal.

Balik dengan apa yang ada dalam bakul tu je. He.
>