05 Mac 2011

PEMBEDAHAN GIGI GERAHAM BONGSU YANG SANGAT COOL

*AMARAN post ni agak panjang*

Kalau korang kawan aku, ataupun korang peminat tegar aku, haha, mesti korang tahu aku pernah masuk hospital tahun lepas. Haaaaa...ape kes? ramai yang tanya. Mana tak nya, seminggu dua sebelum masuk hospital status facebook aku dah macam orang nak mati benar dah gayanya.


Ha kan? Sebenarnya aku malas gitau kat orang. Sebab macam kelakar pun ada sebenarnya. Sebab aku sendiri tergelak sorang-sorang pehal la sampai nak kena bedah bagai ni. Sebenarnya aku dah pergi kat 3 jenis klinik gigi di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang. Jawapannya adalah bedah! Hish. Cuma bomoh je aku tak pegi lagi. Muahaha. Ada yang tanya,"Ko sakit ape wei sampai nak kena bedah ni?Ko barah otak ek?". Aku jawab,"Sakit gigi je la!!". Pastu dorang gelak. Dem!

Ok. Geraham bongsu. Korang perasan tak gigi geraham yang tumbuh last sekali. Yang bila dia nak tumbuh korang akan sakit yang amat. Tak kira had umur juga gigi ni nak tumbuh, sebab makcik aku baru je geraham bongsu dia tumbuh. Tapi aku punya gigi siap dah rosak lagi.



Cuba tengok cara pertumbuhan dia. Dah nama pun bongsu. Perangai pun ikut suka dia je nak tumbuh macam mana. Adui. Aku rasa geraham bongsu aku tumbuh secara partial eruption la. Eceh.

Masa aku kat hospital,
masa tu World Cup! aku rasa akulah pesakit paling sihat kat situ. Aku tengok sebelah aku uncle tu cam dah koma je, katil belakang aku pulak ada budak baru eksiden. Ngeri betul. Nurse comel datang bagi aku makan makanan ala-ala pesakit kronik. Dia cakap,"Makan kenyang-kenyang ye u, esok u nak operate, i'll be with u!". Selain itu, beliau datang masukkan air dalam badan. Perrghhh...perit masa die cucuk jarum nak cari urat kat tangan. Tak jumpa-jumpa plak urat masa tu! Cucuk sini tak kena, cucuk sana tak kena. Tahan jela sakit sambil menatap wajah beliau.


Keesokan harinya dalam pukul 830am, nurse tu datang kejutkan aku. Semalamnya aku lewat tido, layan worldcup guna handphone csl ada tv. Maklumlah orang tak sakit. "Jom i bawak u ke bilik pembedahan, dont worry ok, i'll be with u".

Baring la aku atas katil. Dah pakai plastik kat kepala. Dorang suruh buka baju sebab kena pakai baju bedah tu. Malu lah aku dorang tengok six-pack aku. Dorang gantikan air dengan ubat pelali. Aku pun tak tahu tu ubat pelali sebab aku tengah sibuk menginsafi kesalahan aku dan minta doa harap dimaafkan segala kesilapan aku yang lalu.........zzzzzzzzzz.

*Gambar sebenar pembedahan geraham bongsu ini dipinjam dari blog seseorang. Bagi ibu mengandung mahupun mempunyai penyakit melatah diharap jangan tengok. Dan abaikan misai pesakit itu :p

Doktor tengah fikir





Dah mula dah 



Tulang gusi dipotong dan gigi dikeluarkan
Ni gigi brader ni. Gigi aku dah hancur. Tak dapat nak buat rantai.


Tukang jahit ambil alih tugas

Tepat jam 11am aku pun sedar. Menurut brader ni, dia rasa amat sakit sebab kena cabut sebatang gigi geraham bongsu. Lagipun dia cabut dalam keadaan sedar. Tapi kenapa aku perlu dikomakan? Sebab aku cabut 4 batang gigi! Dua atas dan dua bawah. Korang tau azab dia camne? Sakiiitttt sangat! Pipi bengkak. Tak boleh cakap. Makan pun susah. Tapi yang paling terkilan, aku tak dapat nak cakap yang aku nak nombor telefon mahupun facebook nurse tersebut! Hem.

Masih ceria walaupun disakiti

Mak aku cakap,"Yang bongsu kadang-kadang memang menyusahkan kan?"
>