21 April 2011

HYPPTV SAINGAN ASTRO?

HyppTv? Apakah?

Aku rasa dua pertiga rakyat Malaysia terikat pada siaran tv satelit berbayar. Oleh itu, HyppTV adalah medium baru untuk menonton televisyen melalui high speed broadband internet, Unifi. Canggih kan? Lepas tu, ape beza pulak antara HyppTV dengan tv satelit?


  • Korang bayar apa yang korang tonton. Boleh jimat kat situ.
  • Korang boleh tonton rancangan baru release di US dalam masa 24jam kemudian. Boleh berlagak dengan kawan.
  • Korang boleh pilih waktu tayangan sendiri. Dah tak payah terkejar-kejar balik rumah takut terlepas siaran.
  • Hujan? Tak perlu risau lagi. Selagi bil elektrik dan internet belum dipotong, tiada apa yang mampu menghalang anda menonton.
  • Aplikasi menarik macam Info Solat, Fakta Sejarah dan lain-lain lagi yang mampu menghilangkan kebosanan anda. 
Jadi sesama la kita menunggu promosi dan info lanjut dari pihak Unifi. Dem! Kena tukar internet provider lagi ke?
>