22 Ogos 2011

BERBUKA DI RESTORAN MURNI USJ

Minggu terakhir bulan Ramadhan makin ramai yang berebut-rebut ke masjid. Makin ramai juga yang berebut-rebut berbuka puasa di tempat yang agak cool, termasuklah aku. Aku dan kengkawan Utm berkumpul di depan Summit usj untuk menuju ke Restoran Murni yang terletak berdekatan.


Kelihatan ramai pe'puasa' sudah lepak seawal jam 6 petang. Macam nak tengok bola pun ada. Heeee. Walaupun restoran ini menyajikan hidangan ala-ala westren western, menu yang ada amatlah pelik dan unik.

* Azan pun berkumandang *

Untuk melayan kerenah menu yang pelik ini, aku pun order Nasi Goreng Napoleon dan air I Kiss You. Haaaaa, pelik tak? Kalau tak, anda memang pelik.

Nasi Goreng Napoleon : Rm15
Menu nasi ni terdiri daripada nasi goreng, fries, keropok, telur goreng
dan sosej yang dibalut dengan ayam. Air 'I kiss you' pula terdiri daripada ribena, laici, nata de coco dan straw. Kehkehkeh.


I kiss you : rm5
Selamat berbuka dan menjamu selera semua!





>