17 Ogos 2011

MACAM MANA NAK CURI DUIT DARI AKAUN ORANG

Dah banyak kita dengar pasal keburukan Facebook. Bukan takde yang baik langsung, tapi kebanyakan nya buruk. Ade yang putus cinta, ada yang kantoi curang, ada yang kena buang kerja dan....ada yang kena buang kerja.


Kali ni aku nak ajar satu teknik yang boleh buat korang kaya dengan sekelip mata, kalau menjadi la. Macam mana nak curi duit dari akaun bank orang lain melalui Facebook.

Disebabkan Facebook ramai yang banyak sangat masa terluang untuk isi segala ape bagai information. Maka kerja ini lebih mudah. Cara-caranya adalah :


1. Catit alamat email, tarikh lahir, mother's maiden name dan lain-lain info mangsa.
2. Call bank punya customer care centre cakap korang terlupa password.
3. Pihak bank akan tanya security question, kebanyakan sama seperti no1.
4. Jawab saja dengan info yang korang ada.
5. Kalau jadi Alhamdulillah, kalau tak jadi letak jela telefon dan cari mangsa lain.

Benda nampak simple dan agak tak masuk akal. Tapi skill inilah yang digunakan oleh Iain Wood untuk mencuri duit dari akaun rakan-rakan Facebook beliau. Dan ia terbukti berkesan selama dua tahun sebelum beliau ke 'dalam'. Teehee.

Ada juga terlintas niat nak buat macam ni. Tapi memandangkan friends aku yang username pelik-pelik, aku terpaksa lupakan hasrat. Kulit gelap, kurus keding lagi nak letak nama Leonardo Di Caprio.


Hati-Hati.
Bye.


>