20 Ogos 2011

TIPS MENANG DALAM ROCK, PAPER AND SCISSORS

Korang pernah main Ooooo...Som! atau pun Oooooo....Juz! ataupun dalam bahasa internasional nya adalah Rock, Paper and Scissors? Mesti pernah kan? Ramai yang ambil mudah permainan ni sebab ramai yang anggap menang dan kalah adalah nasib. Korang silap! Korang boleh menang perlawanan ini jika tahu caranya. Heeee.


Alaaaaa bro, benda simple je. Perlu ke?

Memang pun. Sebab menang dan kalah menentukan korang jadi pemangsa atau mangsa. Nak ke korang jadi polis dalam 'Polis Entri'? Aku suka jadi pencuri. Nak ke korang jadi tukang kejar dalam 'Aci Ligan'? Aku lebih rela lari-lari dari nak kejar orang. Haaaaa, kan? Oleh itu aku nak ajar tips untuk menang dalam Rock,Paper and Scissors.


1. Rookies rock

Sang pakar telah bersependapat bahawa budak baru (rookies) akan lebih kepada batu (rock). Ini mungkin kerana batu itu kelihatan kuat dan gagah. Untuk permulaan, bila korang tengok muka lawan korang cam tak berapa hebat, mulakan dengan kertas (paper).

"Rock is for rookies" juga perlu disetkan pada kepala otak korang bila berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman. Sebab mereka mungkin tidak akan bermula dengan batu (rock), oleh itu korang 'hulur'kan kertas (paper) atau gunting (scissors). Keputusan mungkin korang menang atau seri.


2. Double Trouble

Jika lawan korang menggunakan pergerakan yang sama sebanyak dua kali, kemungkinan besar pergerakan akan berubah buat kali yang ketiga. Bila satu pilihan dah terkeluar, korang dah dijamin menang, paling tidak pun seri.

Contoh, kalau lawan guna gunting (scissor) sebanyak dua kali berturut-turut, seterusnya adalah batu (rock) atau kertas (paper). Kalau korang guna kertas (paper), korang mungkin dapat kalahkan batu (rock) ataupun seri jika sama. Teeheeee.



3. Permainan Minda

Kali ni korang kena bertindak ala-ala Jedi. Korang kena kontrol minda pihak lawan. Muahaha. Sementara tengah bincang pasal game ni, korang buat lah lengguk badan pergerakan yang korang nak guna nanti. Ok, percaya atau tak, bila lawan korang tak fokus, kemungkinan besar dia akan ikut korang punya 'cadangan'. Kan senang camtu. Haha.

Lagi satu, teknik acah-mengacah pun efektif juga. Korang cuba acah,"Jaga lah kau, aku nak buat batu ni, siap laaa", pun sudah cukup menggetarkan kepala lutut lawan korang. Heeee.


4. "Ada cakap ke tadi?"

Teknik ini aku kurang sarankan sebab ada unsur penipuan dan agak keji sedikit kalau difikirkan. Heee. Tekniknya adalah, bila korang nak main, korang jangan cakap berapa round nak main. Kalau first-match korang dah menang, anggap je korang dah menang sambil cakap,"Ada cakap ke tadi nak main 3 round?". Kalau kalah pada first-match pula,"Eh, ada cakap ke tadi main seround? main 3 round la".


"The rules of the game itself may be simple, but the human mind is not".
>