13 September 2011

GAMBAR JERSI QUEENS PARK RANGERS TAJAAN MAS DAN AIRASIA

Aku rasa korang terutama peminat bolasepak pun tahu yang MAS dan AirAsia telah sah menjadi penaja rasmi bagi jersi pasukan Queens Park Rangers selama dua tahun. Tahniah! Ini menunjukkan pembangunan bolasepak semakin diambil berat oleh rakyat Malaysia dan menunjukkan juga bahawa Malaysia juga mempunyai ramai jutawan. Teeheee.

Cantiknyeeee..........jersi.
Tapi disebalik kegembiraan mereka menaja, ada juga mulut-mulut yang tak puas hati, ala-ala ,"Kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan". Bagi aku, inikan perniagaan, mana yang boleh bagi untung, itu yang kita rembat. Selain itu, penajaan ini sedikit sebanyak dapat mempromosikan Malaysia di mata dunia dan mampu memajukan bolasepak negara kita.


P/s : All the best Safee Sali!
>