19 September 2011

GORENG TELUR JUGA PERLU TEKNIK

Aku rasa zaman sekarang ramai lelaki dah rajin ke dapur. Minat? Lapar? atau sedang mencatu kewangan? Paling kurang pun, seorang yang bernama manusia lebih-lebih lagi yang sudah baligh, wajiblah reti goreng telur dan masak air.

Goreng telur. Mesti korang pernah alami masalah ini. Ambil telur. Pecahkan masuk dalam mangkuk. Sekali termasuk juga dengan serpihan kulit telur tersebut. Apa korang nak buat?

1. Goreng je sekali buat tak tahu.
2. Hancurkan serpihan tu agar sebati. Tak perasan sangat
3. Stress. Buang telur tu, pecahkan yang lain.
4. Panggil mak.


Walaupun nampak,"Alaahhhh, serpih je kot, macam la susah sangat". Cubalah korang kutip dengan jari mahupun sudu. Haaaa..dah macam bergurau senda dah kat situ. Tekniknya senang je, korang
basahkan jari korang, dan tekapkan kat serpihan tu. Siap! Senang kan? Kihkihkih.


Sila like dan share dengan kengkawan korang yang suka goreng telur :)
>