All men made mistakes, but only wise may learn from their mistakes - Winston Churchill
Kekadang ia bukan sebab kesilapan, tapi lebih kepada interpretasi dan pendapat. Buat masa ini, banyak persoalan dan debat yang mempersoalkan siapa hero - komunis atau polis di Bukit Kepong. Betul ke Mat Indera itu pengganas ataupun pejuang kemerdekaan?
Itu satu hal. Sekarang si bijak pandai seperti Professor Datuk Zainal Kling berkata bahawa Malaysia tak pernah dijajah. Hem, walaupun nampak agak pelik dan keterlaluan dimana kita baru saja menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 tapi ia disokong oleh Tun Dr Mahathir dimana British hanya,"acted if we were colonised".
![]() |
| Hero ke camni? |
Haaaa..konfius? Aku pun konfius. Hee. Kalau Malaysia tak pernah dijajah, perlukah kita ubah sejarah? Kalau Malaysia tak pernah dijajah, perlukah kita berhenti meraikan Hari Merdeka pada 31 Ogos dan berhenti memanggil Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan?
Selamat Hari Malaysia!!
P/s : Matematik lebih mudah, 2 + 2 dah tentu = 4
