03 Oktober 2011

3 CARA KESAN SI PENIPU

Korang pernah menipu? atau ditipu? Tipu la kalau cakap tak pernah kan? Lagi nak tipu. Setakat ni korang selalu terlepas dari menipu atau ditipu. Tapi selepas korang baca ni, mesti korang boleh detect yang orang ni sedang menipu dan tindakan selanjutnya seperti tampo lelaju boleh dilakukan.

Orang yang menipu kekadang tak perasan yang kita boleh kesan perwatakan beliau. Ada 3 ciri-ciri penipu yang senang dikesan. Ia adalah :

1. Tak Selesa
Penipu ni akan rasa tak selesa bila di tanya soalan. Boleh dilihat dari segi bahasa tubuh, senyum palsu dan eye-contact.Contoh bila korang tanya ; Awak, awak sayang saya? Si penipu (kekasih korang) jawab "Sayaaannnggg", sambil tangan garu kepala, mata tengok siling.


Betul...pokcik tak tipu...

2. Mengelak
Si penipu ni juga kuat berahsia. Korang boleh tahu ada something wrong bila dia selalu mengelak bila terserempak dengan korang.


3. Manipulasi
Bila korang tanya soalan, si penipu akan jawab soalan dengan terperinci dari yang sepatutnya. Beliau juga mungkin menggunakan perkataan kotor untuk tambahan. Contoh ; Ko kentut eh? Eish...mana ada! Si Hishamudin tu yang kentut. Ko tau.....minggu lepas die boleh kentut masa tengah long-queu dekat Carrefour. Pura-pura bersin plak tu!


Menangi Rm30,000. Yang ni tak tipu!
>