04 Oktober 2011

LIBAS - KEMBALIKAN KEGEMILANGAN TAKRAW KITA!

Korang dah tengok LIBAS? Filem terbaru yang dibintangi oleh Rosyam Nor? Haaaa, apa lagi, pergi lah tengok sekarang sebab filem ini agak kewl dan awesome untuk ditonton.

LIBAS mengisahkan tentang pertandingan sepak takraw underground. Ingat muzik saja ke ada underground? Tentang Adnan Saladin ( Rosyam Nor) yang dikenali sebagai Raja Libas. Kehebatannya amat digeruni pihak lwn terutamanya dari pasukan siam. Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia cedera parah apabila raja libas gagal menampan bola rejaman dari killer siam Ak Nangkhong akibatnya Malaysia tumpas utk kali kedua berturut-turut.


Jurulatih dan rakan sepasukan Megat (Beego) menyalahkan Adnan
kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup utk memutuskan pertunangan anaknya Ratna (Scha Al-Yahya) dgn Adnan. Raja Libas resah apabila Mr.Wilson menawarkan perlawanan Libas underground lebih awal dari selalunya utk mendapatkan bola warisan yg mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Raja Libas berfikir siapa lagi yg harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain thailand. Akhirnya raja libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yg terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi (Johan Raja Lawak), Kumok (fazli) yg merupakan taruhan Raja Libas untuk menentang Thailand.


Korang takkan kering gusi dengan telatah Johan dan takkan kelip mata dengan kecomelan Scha. Weeee.
>