27 Oktober 2011

TAKKAN DORAEMON HILANG DI DUNIA

Siapa yang tak kenal dengan Doraemon? Atuk aku yang zaman mudanya takde masa layan tv sebab hari-hari pergi menoreh pun kenal Doraemon. Masa dulu aku selalu record siri Doraemon dari tv. Tiap-tiap minggu menunggu 3 episod terbaru. Sampai perasaan jeles dengan Nobita mula timbul.

Pada suatu hari yang dingin, aku ke kedai mamak untuk memotostat sesuatu. Aku terpandang ini,

 
Awesome kan? Dulu komiknya setebal 3 Majalah Mastika, kini hanya setebal Samsung Galaxy S2. Harganya pula hanya 80sen. Nak tak nak, nak tak nak, akhirnya tanpa perasaan malu, aku abaikan umur seketika, aku beli senaskah untuk koleksi.



Sejak 3 minggu selepas membuat pembelian komik ini. Satu episod pun belum habis aku baca.
Sekian.
>