1. Kelapa Parut
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2011. Dan sebelah lagi pada 1 January 2012. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ? Teeheeee.
2. Nasi / Lauk
Biar tahan lebih lama, jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke baru betul.
3. Pakaian
Nak tahan lama. Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik dan elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat pantai. Gantung bila disimpan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Ini penting. Kalau nak tahan lagi lama pinjam baju kawan, baju sendiri simpan. Wakaka.
4. Kereta
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok-elok. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi habuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan-bulan. Sampai abis loan. Gerenti tahan lama.
5. Kenyang
Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillah dan doa. Akhir makan - doa dan ucap alhamdulillah...
6. Rokok
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
7. Tidur
Nak tahan lama tak tidur malam. Rajin-rajinlah tidur siang.
8. Hubungan
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan, jujur dan ikhlas je!!!!

