15 Ogos 2012

KERUSI URUT MURAH IDAMAN RAMAI

Ini bukan pintaku. Walaupun aku suka ke rumah urut rumah paklong aku mengendeng kerusi urut beliau. Selepas aku selesai berurusan dengan Public Gold Ampang. Aku ke Cash Converter, sebaris kedai saja. Pusing keliling cuci mata. Akhirnya, terjumpa kerusi urut murah. Kalau nak harapkan Ogawa, memang sampai ke tua aku tak terbeli rasanya.

Lantas aku terus membeli tanpa berfikir. Selesai test, bayar dan bawa ke kenderaan. Baru aku perasaan yang aku hanya bawa moto. Haishh!


Dengan semangat yang kental dan muka yang tebal, aku berjaya membawa pulang kerusi urut murah ini ke rumah dengan mengharungi kesesakan teruk di Ampang jam 530 petang dan kesukaran untuk mencelah.Balik tanpa rehat, terus setup. Boleh lah lepas menggatal di Facebook terus landing di kerusi urut. Teehee.

Baru beli



Remote Control
Pattern urutan tak lah sehebat yang lain. Tengok harga pun dah tau. Tapi cukup lah sekadar ada urut kaki, badan dan leher. Ngam! Satu lagi pembelian bijak dari aku. Jadi, berbelanja lah dengan berhemah. Tak semua barang kena yang mahal-mahal. Teehee.

Lepas seminggu
>