05 Februari 2013

KEDAI PERABOT TERPAKAI - KINPEUN

Obsesiku terhadap perabot kian menjadi-jadi sejak tinggal di rumah sendiri. Mula lah pantang nampak kedai perabot mata mula meliar je tengok. Haha. Tapi memandangkan perabot sekarang banyak yang guna serbuk kayu yang di'compress', nafsuku kini lebih ke arah perabot terpakai!

second hand furniture

KINPEUN, terletak di belakang Cavenzi, Wescourt dan ape bagai lagi di Jalan Kuching. Kedai ni menjual perabot terpakai yang diambil dari hotel-hotel.


Ada tiga tingkat yang penuh dengan perabot. Meja, dining chair, sofa, lampu meja, tilam terpakai dan lain-lain yang berkenaan dengan hotel. Malangnya almari baju tak ada! Haishh.


Harga? Tak murah sangat bagi perabot terpakai. Tapi mungkin sebab kualiti kayu yang buat harga beliau tak jatuh.

perabot terpakai murah

Barang-barang yang HOT banyak dah ditampal dengan 'SOLD'. Oleh itu, sebelum beredar dan dengan bajet yang ada, kedai perabot terpakai yang sebesar tiga tingkat ini, aku hanya beli
bekas kayu yang berharga RM8. Bolehlaaa buat simpan kunci-kuncian. Teehee.

second hand furniture
>